'Saya tak tahu apa masalah SPR' - Utusan Malaysia

‘Saya tak tahu apa masalah SPR’

DR. MAHATHIR Mohamad ketika mengadakan tinjauan di Pantai Chenang di Langkawi, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hairan dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menangguhkan pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi usia 18 tahun.

Pelaksanaan tersebut sepatutnya dijadualkan Julai ini tetapi ditangguhkan kepada 1 September tahun depan.

Menurut beliau, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan teknologi yang dimiliki ketika ini mampu memperoleh data setiap individu berusia 18 tahun ke atas dengan mudah dan cepat.

Sehubungan itu menurutnya, alasan yang diberikan pihak berkenaan terutama melibatkan kesukaran dalam mengumpul data pengundi khususnya membabitkan kawasan mengundi yang turut memerlukan penglibatan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sesuatu yang sukar diterima.

“Sekarang ini nak kutip data cukup mudah, kita sudah ada ‘big data’, kita tahu berapa ramai yang akan mengundi, usia mereka, di mana mereka tinggal, semuanya ada data.

“Jadi saya tidak tahu apa masalah (SPR) untuk bagi mereka (usia 18 tahun) ini mengundi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Pantai Chenang di sini hari ini.

Dr. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, beliau juga tidak memahami tindakan SPR yang mengambil masa lama untuk mengumumkan penangguhan pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun.

Ini kerana katanya, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 mengenai had umur mengundi diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 dan seterusnya oleh Dewan Negara pada 25 Julai 2019.

Khamis lalu, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh memberitahu, pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula berkata, SPR perlu diberikan masa untuk melengkapkan persediaan bagi melaksanakan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun.

Takiyuddin berkata, SPR perlu melakukan pelbagai prosedur termasuk melibatkan urusan dengan JPN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya