'Saya bukan menyorok, saya hanya diamkan diri’ – Sajat - Utusan Malaysia

‘Saya bukan menyorok, saya hanya diamkan diri’ – Sajat

MUHAMMAD SAJJAD KAMARUZZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik menafikan bersembunyi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa yang dilaporkan sebelum ini menerusi rakaman ‘live’ di Instagram miliknya.

Nur Sajat atau nama sebenar, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, menerusi rakaman itu menjawab berhubung isu murtad dan bersembunyi daripada dicekup pihak berkuasa.

Susulan itu, dia menjadi buruan setelah dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir sebutan kes di mahkamah.

Menerusi kenyataan dalam sesi ‘live’ di Instagram, dia tidak bersembunyi mahupun menyorok daripada mana-mana pihak.

“Masa bila kita nak jadi pelarian, buat apa nak jadi pelarian, masa bila saya menyorok dan saya bukan menyorok tetapi hanya mendiamkan diri daripada media sosial Instagram.

“Pihak polis tidak mencari saya kerana mereka mempunyai urusan yang lebih penting berbanding saya,” katanya dalam sesi ‘live’ tersebut.

Ketika rakaman tersebut, Nur Sajat tidak mendedahkan wajahnya namun mengatakan diri berada dalam keadaan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya