Sasaran 10,000 usahawan pelajar menerusi program KPT-Tekun Nasional - Utusan Malaysia

Sasaran 10,000 usahawan pelajar menerusi program KPT-Tekun Nasional

MANSOR Othman (kiri) melihat hasil Projek Prosumer Tanaman Nanas MD2 di Pusat Sukan, USIM, Nilai, Seremban ketika mengadakan lawatan kerja ke universiti tersebut hari ini.- UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Pengajian Tinggi menyasar melahirkan seramai 10,000 usahawan dalam kalangan pelajar di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara.

Sasaran itu menerusi peruntukan sebanyak RM20 juta bagi pelaksanaan Program KPT-Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) Nasional pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Mansor Othman berkata, peruntukan itu antara usaha kementerian bagi memastikan penuntut universiti tidak hanya bergantung kepada peluang pekerjaan sedia ada.

“Kementerian memfokuskan kebolehpasaran graduan. Kami melihat kebanyakan universiti sudah melakukan program usahawan seumpama ini. Kami mengambil contoh program keusahawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang boleh diguna pakai oleh universiti lain di seluruh negara.

“Kami ada mewujudkan program keusahawanan penyelidikan dan baru-baru ini sebanyak RM20 juta diperuntukkan daripada Tekun Nasional untuk disalurkan kepada universiti bagi menggalakkan pelajar terlibat dalam bidang keusahawanan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke USIM, Nilai, dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Ridza Wahiddin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN