Sarawak atasi Selangor - Utusan Malaysia

Sarawak atasi Selangor

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus konsisten menunjukkan keseimbangan kes Covid-19 di bawah 2,000 kes dengan merekodkan 1,576 kes positif dan 1,996 kes sembuh.

Sebanyak 12 kluster baharu dan dua kematian direkodkan dengan terdapat penurunan kes aktif iaitu 14,360 kes berbanding semalam, 14,782 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 151 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini Sarawak mengatasi Selangor dengan merekodkan kes tertinggi iaitu 407 kes diikuti Selangor, 348 kes; Pulau Pinang, 182 kes; Kuala Lumpur, 175 kes; Johor, 137 kes dan Perak, 100 kes.

“Baki negeri lain merekodkan kes dua angka iaitu Melaka, 54 kes; Kelantan, 52 kes; Negeri Sembilan, 41 kes; Sabah, 33 kes; Kedah, 25 kes; Pahang, 13 kes manakala Terengganu, enam kes, Labuan, dua kes; Putrajaya, satu kes dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, kes kematian melibatkan dua lelaki warga tempatan di Selangor dan Sarawak.

“Seorang lelaki berusia 71 yang dirawat di Hospital Sungai Buloh mempunyai seperti darah tinggi, jantung, kencing manis, dan buah pinggang kronik manakala lelaki berusia 55 tahun di Hospital Sibu pula, tidak mempunyai penyakit,” katanya.

Mengulas mengenai 12 kluster baharu, ia melibatkan 10 kluster tempat kerja dan dua kluster pusat tahanan.

Katanya, Johor mempunyai empat kluster iaitu Kluster Sungai Berumbung di Kluang, 13 kes; Kluster Lorong Usaha Utama melibatkan Kulai dan Johor Bahru, tujuh kes serta Kluster Jalan Dahlia 22 di Johor Bahru, 13 kes dan Kluster Jalan Industri Sofa di Tangkak, 55 kes.

“Kuala Lumpur, tiga kluster iaitu Kluster Jalan Besar Kepong di Kepong, 17 kes serta Kluster Jalan Daun di Kepong, lapan kes dan Kluster Lorong Nibong melibatkan Titiwangsa dan Cheras, 21 kes.

“Selangor pula, tiga kluster iaitu Kluster Persiaran Hemisfera melibatkan Petaling dan Klang, 13 kes serta Kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth di Sepang, 10 kes dan Kluster Bandar Baru melibatkan Petaling dan Hulu Selangor, 50 kes,” katanya.

Tambahnya, dua kluster pusat tahanan adalah Kluster DTI Juru di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, 167 kes dan Kluster DTI Jalan Duta di Kepong, Kuala Lumpur, 18 kes.

“Selain itu, 13 kluster tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Indah Utama, Kluster Perindustrian Fasa Dua, Kluster Kampung Teluk, Kluster Jalan Besar Pontian, Kluster Subang Delima, Kluster Batu 20, Kluster Santong Paka, Kluster Batu Tiga Setengah, Kluster Industri Puchong, Kluster Jalan Galah, Kluster Tapak Bina Lebuh, Kluster Jalan Kota Murni, dan Kluster Tapak Bina Jalan Tandok,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya