Sangkar pecah, beribu ikan terlepas ke Sungai Perak - Utusan Malaysia

Sangkar pecah, beribu ikan terlepas ke Sungai Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Dianggarkan lebih 200 buah sangkar sebuah syarikat penternakan ikan di bandar ini pecah akibat dihanyutkan arus deras Sungai Perak dalam kejadian petang semalam.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 4 petang itu menyebabkan beratus ribu ikan pelbagai jenis seperti talapia merah, patin, baung dan pelbagai spesis ikan air tawar terlepas ke Sungai Perak.
Kejadian dipercayai berpunca daripada tali sauh sangkar ikan yang terputus akibat arus deras ketika air pasang.

Pengurus sebuah syarikat pelancongan di sini, Sungai Perak River Cruise, Muhammad Sahril Mustafa yang menyaksikan kejadian berkata, ketika itu dia hendak membawa beberapa pelancong menaiki bot menjelajah Sungai Perak.

Menurutnya, ketika berada di dalam bot, mereka terkejut apabila melihat beratus-ratus sangkar ikan dihanyutkan arus deras.

“Saya berasa sangat cemas melihat sangkar ikan yang dihanyutkan arus sehingga ada sangkar yang melanggar kapal mengorek pasir di tengah sungai.

“Saya turut membantu menolak sangkar ikan yang hanyut ke tengah sungai agar tidak melanggar jeti di tepi sungai. Saya dan beberapa pemilik bot yang lain terus membantu sehingga tengah malam semalam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, video dan gambar kejadian berkenaan tular dalam media sosial. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya