Saman ekzos bukan untuk kaut keuntungan - Utusan Malaysia

Saman ekzos bukan untuk kaut keuntungan

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan saman terhadap penunggang motosikal atas kesalahan ubah suai ekzos bising bukan untuk mengaut keuntungan sebaliknya sebagai peringatan tegas terhadap golongan itu yang mengganggu ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya akan terus mengadakan Op Khas Ekzos Bising di seluruh negara walaupun menerima pelbagai tohmahan individu tertentu.

“Menjadi tanggungjawab polis melindungi penduduk yang selama ini sengsara dengan bunyi bising ekzos itu. Saya ingatkan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) untuk tidak patah semangat kerana kritikan tidak sensitif sesetengah pihak.

“Kita mahu jaga keselesaan dan keselamatan orang yang tinggal khususnya di projek perumahan rakyat (PPR) dan rumah kos rendah yang sering berhadapan bunyi bising itu,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.

Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati golongan yang terbabit dalam aktiviti ubah suai motosikal mempunyai minat terutama dalam aspek kosmetik luaran.

“Proses ubah suai ini akan membabitkan pembelian dan pemasangan dengan kos antara RM200 hingga RM2,000.

“Tujuannya ialah supaya motosikal kelihatan lebih bergaya dan kononnya meningkatkan kelajuan kenderaan itu,” katanya.

Dalam pada itu Abdul Hamid berkata, pihaknya mengeluarkan 5,721 saman terhadap 4,087 pengguna motosikal bermula 1 Mac hingga semalam.

“Dalam tempoh itu, kita turut sita 2,389 motosikal untuk bantu siasatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya