Salahkah saya bekerjasama dengan PN,Bersatu? -Shahidan - Utusan Malaysia

Salahkah saya bekerjasama dengan PN,Bersatu? -Shahidan

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim secara terbuka menyatakan pendiriannya akan terus bekerjasama dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selain menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Soal Shahidan, adakah menjadi satu kesalahan sekiranya beliau bekerjasama dengan parti-parti di dalam kerajaan PN termasuk Bersatu sedangkan UMNO juga sebahagian daripada kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Selain itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu juga menzahirkan rasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang terus mengkritik Muhyiddin dan Bersatu.

“Nak kata apa pun sehingga pilihan raya lah sebab perjanjian kita sehingga pilihan raya. Ini sebelum pilihan raya macam-macam kata kepada Bersatu dan Muhyiddin.

“Padahal, kita ada 11 orang menteri dan lapan timbalan menteri selain memegang jawatan dalam GLC (Syarikat milik kerajaan). Kita telah menyertai kerajaan PN dan saya tetap menyokong Muhyiddin kerana dia Perdana Menteri saya dan rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui di Yayasan Pok Dan Kassim (YPK) di sini hari ini.

Shahidan sebelum ini menegaskan UMNO Perlis jelas dengan pendirian terus bekerjasama dengan parti-parti bumiputera dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sementara itu, Shahidan berpandangan, UMNO tidak boleh bersendirian menghadapi PRU-15 sebaliknya perlu bekerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) selain berunding dengan parti-parti di dalam PN.

Soal Shahidan, jika boleh ada cadangan kerjasama dengan PKR dan DAP mengapa tidak boleh bersama parti-parti bumiputera ini.

“Kita sudah lihat 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan adanya DAP memerintah, bagaimana keadaan negara.

“Saya akan tentang habisan-habisan jika ada usaha kerjasama dengan DAP dan PKR ini. Malah, pendirian UMNO sebelum ini juga jelas ‘No DAP’ No Anwar’,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya