Rokok seludup terbesar bernilai RM52 juta dirampas Polis Marin

Rokok seludup terbesar bernilai RM52 juta dirampas Polis Marin

ABD. Rahim Jaafar (kanan) bersama Ayob Khan Mydin Pitchay (dua dari kanan) melihat sebahagian dari 7,000 kotak rokok dengan jumlah nilai RM52 juta pada sidang akhbar di IPD Pontian, Johor hari ini. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua melakukan rampasan rokok seludup terbesar dalam sejarah negara bernilai RM52 juta selepas menahan sebuah kapal kargo di Perairan Pantai Barat berhampiran Pulau Kukup, dekat sini, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri  dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar berkata, dalam rampasan pada pukul 8.15 malam itu, pihaknya merampas 70 juta batang rokok pelbagai jenis dan 11 kru kapal warganegara asing berusia 22 hingga 60 tahun.

Bertindak atas maklumat dan risikan, katanya, sepasukan Unit Risikan Marin PPM Wilayah Dua membuat pemantauan terhadap pergerakan sebuah kapal kargo MV Chita 2 daripada Myanmar ke Batam, Indonesia disyaki membawa muatan rokok seludup untuk dibawa masuk ke kawasan Pantai Barat negeri ini.

“Bot ronda PPM telah cuba memintas kapal tersebut dengan menyalakan police light dan membunyikan siren tetapi tidak mendapat kerjasama daripada kapten kapal Yang enggan memberhentikan kapal.

“Kapal kargo tersebut berjaya ditahan dan berhenti di kedudukan kira-kira 2.9 batu nautika Barat Daya Pulau Kukup dengan bantuan dua not Ronda PPM.

“Hasil pemeriksaan ke atas kapal kargo itu menemukan sebanyak 7,000 kotak mengandungi pelbagai jenis rokok tidak bercukai yang disembunyikan di dalam petak kapal kargo tersebut. Proses dokumentasi dan pengiraan nilai mendapati rokok beserta kapal adalah bernilai RM70 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian. Yang turut hadir ialah Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dalam operasi itu, kapal kargo tersebut ditahan bersama seramai 10 kru termasuk kapten kapal yang merupakan warganegara Myanmar dan seorang warga Singapura.

Abd. Rahim berkata, kapal kargo berdaftar di Mongolia itu dikesan membuat perjalanan berulang alik dari perairan Batam ke Perak sebanyak dua kali sejak Februari lalu.

Katanya, modus operandi secara transshipment dari kapal yang melalui perairan antarabangsa telah dikenal pasti digunakan oleh penyeludupan.

“Sindiket penyeludupan rokok ini dipercayai sudah lama beroperasi bergerak di garisan perairan antarabangsa bagi mengelak daripada ditahan. Sekiranya mendapati tiada pengawasan pihak berkuasa, barulah mereka memasuki perairan negara.

“Sepanjang perjalanan dari Batam ke Perak, mereka akan mencampakkan kotak rokok yang diletakkan dalam plastik ke dalam laut sebelum diambil oleh kapal kecil tempatan,” katanya.

Kesemua kru kapal kargo berkenaan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian bagi menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

“JKDNKA melalui PPM akan sentiasa meningkatkan pengoperasian dan memperketatkan pengawalan perairan negara dari dibolosi sindiket penyeludupan ini yang dilihat sentiasa mengubah taktik bagi mengelakkan daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya