Rokok seludup RM460,000 dirampas, lelaki tempatan ditahan - Utusan Malaysia

Rokok seludup RM460,000 dirampas, lelaki tempatan ditahan

Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sejumlah 2,390 karton rokok seludup dan sebuah Proton Wira yang dianggarkan bernilai RM460,000 di Taman Mega Simpang Renggam, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sejumlah 2,390 karton rokok seludup dan sebuah Proton Wira dengan nilai rampasan dianggarkan RM460,000 di Taman Mega Simpang Renggam, semalam.

Dalam kejadian kira kira 12 tengahari itu seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun turut ditahan dengan pelbagai jenama tiada cukai kastam ditemukan dalam kenderaan dan rumah suspek.

Pegawai Pemerintah BN PGA 5 Superintendan Dimin Awang berkata, penahanan itu susulan maklumat daripada orang awam dan risikan pihaknya sejak dua minggu lalu.

“Suspek dipercayai menjalankan perniagaan jualan rokok seludup ini secara kecil-kecilan dan polis menyerbu rumah dimiliki suspek dan menemui rokok berkenaan yang ditempatkan di dalam rumah dan Proton Wira miliknya.

“Suspek dipercayai mendapat bekalan rokok seludup berkenaan dari Kuala Lumpur dan untuk pasaran sekitar Simpang Renggam dan Kluang.

“Sama ada rokok ini diseludup dari negara jiran, kemungkinan itu masih dalam siasatan polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

“Kami menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya