RM7.5 juta naik taraf sistem perairan di Paya Kemat, Matang  - Utusan Malaysia

RM7.5 juta naik taraf sistem perairan di Paya Kemat, Matang 

AHMAD HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM7.5 juta bagi menaiktaraf skim pengairan Paya Kemat dan Matang sepanjang 6.1 kilometer di sini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, projek yang dijangka siap Julai depan itu dijangka mampu meningkatkan lagi pengeluaran padi bagi kawasan luar jelapang.

Katanya, projek berkenaan juga akan dijadikan ladang contoh bagi kawasan padi luar jelapang kerana lebih 90 peratus pesawah terdiri daripada golongan muda berusia bawah 40 tahun di samping pelaksanaan sistem penanaman cara moden termasuk penggunaan dron.

“Projek ini lambat sedikit siap daripada jadual asal iaitu Mei kerana apabila kawasan sawah padi seluas  116 hektar ini dituai, air terpaksa dikeringkan dan kerja kerja pelaksanaan perairan akan terhenti seketika.

“Apabila adanya sistem pengairan lebih efisien setelah projek naik taraf siap kelak, kawasan luar jelapang ini dilihat mampu bersaing dengan pengeluaran di kawasan jelapang yang ketika ini pengeluaran hasil sebanyak 4.1 tan setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Projek Tanaman Padi Berkelompok Paya Lasir Kampung Matang, di sini, petang semalam.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

Sementara itu, Ketua Kelompok Unit Peladang Matang, Omar Mat Amin berkata, seramai 42 peserta terlibat dalam projek pertanian di kawasan itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN