Rina beri sumbangan bantu penduduk terjejas - Utusan Malaysia

Rina beri sumbangan bantu penduduk terjejas

RINA meluangkan masa meninjau gelangang futsal yang rosak selepas dilanda ribut di Taman Seroja, BBST, Sepang, hari ini. - UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun akan memberikan sumbangan ihsan kepada penduduk terjejas di Zon Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) dan Zon Salak, di sini selepas rumah mereka dilanda ribut petang semalam. 

Rina berkata, beliau dimaklumkan sebanyak 80 rumah mengalami kemusnahan teruk selain beberapa sekolah di zon ini. 

“Jadi, melihat kepada keadaan itu, saya tampil membantu dan diharap sumbangan ihsan daripada saya ini dapat sedikit sebanyak membantu serta meringankan beban kepada penduduk yang terjejas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Rina yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meluangkan masa meninjau keadaan beberapa rumah mangsa terjejas selain gelanggang futsal di Taman Seroja. 

Selain itu, katanya, bagi kerosakan-kerosakan lain melibatkan kemudahan seperti gelanggang futsal dan sekolah, beliau akan membangkitkan perkara itu kepada kementerian berkaitan. 

“Saya akan cuba membantu membuat  tindakan susulan bagi mempercepatkan proses,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan lebih 100 rumah melibatkan Zon BBST Utara dan Zon Salak terjejas selepas dilanda ribut akibat hujan lebat yang berlaku pada pukul 4.30 petang semalam. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya