Revenue Monster mudahkan pembayaran barang dalam talian - Utusan Malaysia

Revenue Monster mudahkan pembayaran barang dalam talian

AMANDA CHIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Revenue Monster, sebuah syarikat teknologi kewangan Malaysia berusaha untuk melonjakkan pasaran media sosial dan jualan langsung yang bernilai berbilion dolar melalui pengenalan penyelesaian baharu eInvoice dan LivePay.

Mengulas mengenai ciri-ciri tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Monster, Amanda Chin berkata, pandemik telah mempengaruhi punca pendapatan pelbagai pihak.

“Ramai yang mencari kaedah alternatif untuk bertahan, dan sekarang penjualan dalam talian menjadi pilihan yang paling sesuai. Tanpa sebarang kos penyediaan awal, solusi eInvoice dan LivePay akan membolehkan perniagaan terkecil sekalipun untuk menggunakan sistem pembayaran tahap profesional untuk memanfaatkan sepenuhnya pasaran dalam talian yang sedang berkembang.

“Melalui satu pautan yang mudah digunakan, perniagaan dapat memperoleh pembayaran dari hampir semua platform dan sumber. Selain itu, mereka dapat menguruskan semuanya daripada satu hab. Kami percaya ini penting dalam membantu mereka bukan sahaja dalam mempertahankan tetapi juga mengembangkan perniagaan dalam talian mereka,” katanya.

Melalui penggunaan eInvoice, peniaga dapat mencipta dan kongsi pautan pembayaran sekali (one-off) kepada pelanggan tertentu dengan mudah di mana-mana platform sosial.

Sementara itu, LivePay menghasilkan pautan pembayaran pelbagai guna (multi-use) yang sesuai untuk beberapa pembayaran serentak yang biasanya berlaku semasa penjualan secara langsung.

Amanda berkata, pembayaran sekarang menjadi semakin mudah bagi pengusaha baru selain kedua-dua solusi baharu itu tidak memerlukan sebarang kos pengendalian.

“Sekiranya anda ingin menyelesaikan transaksi sekali sahaja, masukkan maklumat yang diperlukan dan invois digital serta pautan pembayaran akan dibuat secara automatik. Anda kemudian boleh berkongsi pautan ini seperti yang anda mahukan, melalui e-mel, teks, WhatsApp, Instagram dan banyak lagi.

“Pelanggan anda akan dapat membayar dengan cara pilihan mereka dengan satu klik pautan yang mudah. Untuk penjualan langsung di Facebook, hanya tampal dan sematkan pautan LivePay di bahagian atas live stream anda dan pelanggan boleh menggunakan pautan tersebut untuk membeli pada bila-bila masa,” katanya.

Tambah Amanda, rangkaian perkhidmatan holistik Revenue Monster dirancang terutamanya untuk membantu proses perdagangan menjadi lebih cekap dan mudah.

“Kami sedar akan potensi digital dan eCommerce dan kami ingin menjadikannya mudah dan lancar bagi rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk memanfaatkan potensi ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya