Rasuah pelaburan pelitup muka RM9 juta: Dua pengarah, penjawat awam direman - Utusan Malaysia

Rasuah pelaburan pelitup muka RM9 juta: Dua pengarah, penjawat awam direman

DUA pengarah syarikat dan seorang penjawat awam diperintah dikenakan tahanan reman tujuh hari oelh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua pengarah syarikat dan seorang penjawat awam ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek pelaburan pelitup muka kira-kira RM9 juta, tahun lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Wan Azianti Abd. Salleh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Kedua-dua pengarah yang berusia 49 tahun dan 51 tahun itu ditahan di pejabat mereka di Selangor manakala penjawat awam yang berusia 59 tahun ditahan di negeri ini, masing-masing semalam.

Menurut sumber, kedua-dua pengarah itu disyaki memberi rasuah kepada penjawat awam berkenaan sebagai balasan mencadangkan pelaburan dalam projek usaha sama pengeluaran pelitup muka.

Terdahulu, kesemua mereka yang memakai baju lokap Suruhanjaya Pence­gahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna oren tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.35 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN