Rakan sekerja didakwa bunuh Nik Khatijah - Utusan Malaysia

Rakan sekerja didakwa bunuh Nik Khatijah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakan sekerja Pengurus Jabatan Advokasi, Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), Nik Khatijah Nik Mud hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas dakwaan membunuh wanita itu, dua minggu lalu.

Tertuduh, Hasbullah Ismail, 57, didakwa membunuh Nik Khatijah, 32, di antara pukul 11 malam, 5 Mac lalu hingga 3 pagi, keesokan harinya di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko dekat sini.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairul Iqram Hairuddin mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang diwakili peguam bela, Abdul Halem Mohamad Husin selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Difahamkan tertuduh merupakan salah seorang pengurus di Ikram tetapi di jabatan yang berlainan dengan mangsa.

Majistret Syahrul Sazli Md. Sain kemudian menetapkan 16 April ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu beberapa laporan berkaitan kes berkenaan.

Pada prosiding hari ini, beberapa peguam pemerhati bagi pihak Ikram turut hadir.

Pada 8 Mac lalu, Utusan Malaysia melaporkan, Nik Khatijah yang lengkap berpakaian ditemukan di dalam sebuah rumah dengan kesan jerut dileher. Mangsa dipercayai telah melaninggal dua 24jam sebelum mayatnya ditemui.

Media turut melaporkan bahawa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat mengesahkan mangsa adalah individu sama dilaporkan hilang pada 6 Mac lalu.

Mayat mangsa ditemukan oleh rakan setugasnya yang dilaporkan pergi ke rumah sewa wanita itu sebelum menemui mayat Nik Khatijah dengan kesan jerutan di leher dipercayai dijerut menggunakan kabel penyambung elektrik.

Kereta jenis Nissan Almera warna hitam milik mangsa pula ditemui di kawasan letak kenderaan sebuah pasar raya di Jalan Reko, Kajang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya