Rais hina proses demokrasi Parlimen - Utusan Malaysia

Rais hina proses demokrasi Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sr Dr. Rais Yatim berhubung kelayakan mengundi di usia 18 tahun yang tidak dapat di teruskan dilihat sebagai  menghina proses demokrasi Parlimen negara.

Malah Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang),  Ulya Aqamah Husamudin menyifatkan  kenyataan Rais menerusi ruangan bual bicara malam tadi disifatkan tidak menghormati lunas perlembagaan dan memperkecilkan kemampuan anak-anak muda dalam membuat pilihan dalam pilihan raya.

Sehubungan itu katanya,  kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam masa yang sama perlu menyatakan pendirian sama ada selari atau bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan Rais semalam

“Dalam tempoh 19 bulan yang telah berlalu selepas Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan, tidak mungkin senarai pengundi muda masih tidak berjaya dihasilkan.

“Alasan politik yang diberikan adalah tidak dapat diterima sama sekali. Bahkan, segala medium yang mungkin mengalami kesulitan boleh dicari jalan keluar agar membolehkanpartisipasi anak muda di perluaskan dalam menentukan masa depan negara  melalui peti undi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Semalam menerusi satu ruangan bual bicara di sebuah rancangan televisyen, Rais  berkata, kelayakan mengundi pada pilihan raya  di usia 18 tahun yang sepatutnya berkuatkuasa Julai ini tidak dapat diteruskan walaupun Dewan Rakyat sudah meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Menurut Rais,  pelbagai kekangan ke arah pelaksanaannya sebelum negara ini benar-benar bersedia membenarkan pendaftaran pengundi seawal usia itu.-UTUSAN ONLINE- 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya