Putra Kedah bakal tanding di 3 Parlimen, 3 DUN - Utusan Malaysia

Putra Kedah bakal tanding di 3 Parlimen, 3 DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Kedah setakat ini bakal bertanding di tiga kawasan Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, tiga kawasan Parlimen tersebut ialah Parlimen Jerai, Alor Setar dan Langkawi.

Menurutnya, tiga DUN itu pula Guar Chempedak, Alor Mengkudu dan Kuah.

Menurutnya, beliau akan bertanding di Parlimen Jerai dan DUN Guar Chempedak, Timbalan Pengerusi Putra negeri, Datuk Fadhil Hanafi pula bakal bertanding di Parlimen Alor Setar serta DUN Alor Mengkudu.

Sementara itu, katanya, Ketua Bahagian Putra Langkawi, Prof. Datuk Shattri Mansor bertanding di kawasan Parlimen Langkawi dan DUN Kuah.

“Putra Kedah menaruh keyakinan berupaya memenangi di tiga kawasan Parlimen yang ditandingi itu,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Selain itu, Putra Kedah juga sedang mengenal pasti beberapa calon lain yang bakal bertanding di kawasan Parlimen dan DUN di negeri ini.

Menurutnya, calon-calon yang bakal bertanding itu mampu buat kejutan dengan memenangi kawasan yang ditandingi nanti.

“Dalam keadaan politik di masa ini, saya yakin Putra berupaya memenangi banyak kawasan Parlimen pada PRU-15,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya