Pusat jahitan PATI diserbu, 21 ditahan - Utusan Malaysia

Pusat jahitan PATI diserbu, 21 ditahan

SEBAHAGIAN warga Bangladesh yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam sebuah operasi di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. - GAMBAR IHSAN JABATAN IMIGRESEN SELANGOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menjadikan premis dua tingkat sebagai ‘markas’ menjahit baju kurung dan tudung secara pukal.

Bagaimanapun pusat jahitan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diserbu Jabatan Imigresen Selangor dalam operasi yang dijalankan semalam.

Dalam serbuan selama empat jam bermula pukul 2 petang itu, seramai 19 lelaki warga Bangladesh dan dua wanita Indonesia termasuk salah seorangnya sedang hamil enam bulan berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun ditahan.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, pihaknya melakukan operasi setelah intipan dibuat terhadap premis tersebut selama dua minggu.

“Bagi mengelak perniagaan mereka dihidu pihak berkuasa, premis tersebut tidak menjalankan perniagaan di tingkat bawah. Malah mereka juga tidak memaparkan sebarang iklan perniagaan.

“Kita juga terpaksa memecahkan pintu jeriji besi pusat jahitan ini setelah tidak mendapat kerjasama daripada pekerja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 12 anggota dan pegawai bahagian penguatkuasaan yang terlibat dalam operasi tersebut.

Dalam pada itu katanya, terdapat segelintir daripada mereka cuba mengelak ditahan dengan memberikan beberapa alasan.

Jelasnya, antara alasan yang diberikan adalah datang ke premis kerana hendak berjumpa kawan dan majikan lama tidak mendapat kontrak kerja.

“Hasil siasatan mendapati mereka menerima upah menjahit pakaian di antara RM45 hingga RM50 sehari dan sudah tinggal di negara ini lebih setahun.

“Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal tanpa pas atau permit yang sah, Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang telah diberikan.

“Mereka telah dibawa ke Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Selangor bagi siasatan lanjut dan akan direman selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 di Depot Imigresen Semenyih,” katanya.

Pihaknya kini sedang memburu majikan dan pelindung kepada kesemua PATI bagi membantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya