Pulih ekonomi, kawal Covid-19 jadi teras agenda - Utusan Malaysia

Pulih ekonomi, kawal Covid-19 jadi teras agenda

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bertekad memacu pemulihan ekonomi dengan lebih rancak tahun ini demi kesejahteraan rakyat selain mengawal penularan Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, banyak yang beliau pelajari setelah setahun kerajaan Perikatan Nasional (PN) berdepan cabaran wabak global itu di negara ini.

“Saya tahu, walaupun keadaan sudah beransur pulih, ramai rakyat masih mengalami kehilangan punca pendapatan dan banyak usahawan tertekan untuk meneruskan perniagaan.

“Dengan itu, kerajaan akan gubal strategi mengawal penularan berdasarkan data selain ambil pendekatan lebih bersasar dan pada masa sama, aktiviti ekonomi terus dibuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin bersempena setahun menerajui negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali selain Kabinet dan para pegawai kerajaan serta disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen.

Muhyiddin dilantik pada 29 Februari tahun lalu dan mengangkat sumpah keesokan hari bagi mengantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meletak jawatan pada 24 Februari.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau menyatakan bahawa dengan mengambil kira situasi semasa pandemik, kerajan PN akan merangka pelbagai langkah tambahan dalam tempoh terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya