PRU lambat lagi, mengapa bincang sekarang? - Utusan Malaysia

PRU lambat lagi, mengapa bincang sekarang?

SHAHIDAN Kassim ditemui pemberita selepas majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang disempurnakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mempertikai mengapa UMNO membincangkan isu kerjasama dengan Parti Prribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terlalu awal sedangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dijangka dilaksanakan dua tahun lagi.

“Keputusan untuk tidak bersama parti lain itu masa pilihan raya, lambat lagi. Kenapa benda yang lambat lagi itu dibincangkan sekarang? Dibincangkan sampai tahap seolah-olah sampai nak berlaku esok? Ini masa pilihan raya.

“Keputusan untuk tidak bersama ini masa pilihan raya bukan sekarang. Sekarang ini kita kena bekerjasama kerana kerajaan ini kerajaan yang diperintah Perikatan Nasional (PN) yang UMNO adalah majoriti dalam Kabinet,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang disempurnakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Isu kerjasama dengan Bersatu menjadi tumpuan selepas UMNO membuat keputusan menamatkan kerjasama dengan parti itu pada PRU-15.

Keputusan tersebut mengambil kira pandangan 124 bahagian seluruh negeri yang menyokong keputusan untuk tamatkan kerjasama dengan Bersatu.

UMNO Perlis bagaimanapun menegaskan yang pihaknya tetap meneruskan kerjasama dengan Bersatu biarpun pucuk pimpinan membuat keputusan sebaliknya.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, beliau berkata, UMNO perlu mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang ingkar dengan keputusan parti.

“Apa pun keputusan, kalau tak ikut, kita kena ambil tindakan, tapi ambil tindakan bukan sosial media, UMNO lah. Ambil tindakan kepada orang yang tak ikut arahan majlis tertinggi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya