PRU-15: Bersatu Terengganu tanding semua kerusi?  - Utusan Malaysia

PRU-15: Bersatu Terengganu tanding semua kerusi? 

RAZALI Idris (dua, kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada seorang pelajar di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah di Dungun hari ini. Gambar : NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu akan memberi tumpuan kepada kerusi yang ditandingi UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, parti itu bersedia meletakkan calon di semua kerusi yang akan ditandingi UMNO. 

“Kita akan berbincang dengan kepemimpinan Pas dan Menteri Besar (Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar) untuk membenarkan kita (Bersatu) letak calon. 

“Kita akan berbincang di mana kerusi UMNO, di situ kita akan lawan,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Ketengah Ambik Cakne : Majlis Penyampaian Sumbangan Back to School di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah di sini hari ini. 

UMNO Terengganu sebelum ini memutuskan pendirian untuk bertanding di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan Parlimen dalam PRU-15.

Sementara itu, Razali berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah jika UMNO menyatakan hasrat untuk tidak lagi bersama Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15. 

“Kita terima dengan hati terbuka (keputusan UMNO) dan tidak ada masalah kerana sebagai ahli politik, pilihan raya adalah kerja kita,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya