Proses air ketum tengah hutan - Utusan Malaysia

Proses air ketum tengah hutan

KHEMAH di tengah hutan yang dijadikan lokasi memproses air ketum berjaya dikesan pihak polis di Batu 20, Kampung Tersusun, Padang Besar, Perlis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR : Mendirikan khemah di tengah hutan dan lengkap dengan kelengkapan memproses air ketum dengan harapan aktiviti di kawasan berkenaan tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, taktik tersebut berjaya dikesan oleh Polis Padang Besar yang melakukan rondaan mencegah jenayah di kawasan Batu 20, Kampung Tersusun, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Saifudin Aslin Abbas berkata, anggotanya membuat rondaan di kawasan itu kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum menemukan khemah yang mencurigakan di tengah hutan.

Katanya, pemeriksaan di kawasan khemah itu menemukan satu guni berwarna putih berisi daun ketum dengan anggaran berat 20 kilogram yang bernilai kira-kira RM600.

“Selain itu, turut ditemukan 75 bungkusan plastik berisi air ketum sebanyak 37.5 liter bernilai RM150 dan 12 botol ubat batuk (1.2 liter) bernilai RM84.

“Kami juga menemukan tiga buah tong gas, dua bekas ketulan ais, dua periuk belanga besar serta dua dapur memasak yang dipercayai digunakan untuk memproses air ketum,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua barang yang dirampas itu dibawa ke Balai Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, jika sabit kesalahan, boleh dihukum dengan denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum empat tahun. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya