Projek pertanian bandar jimat kos sara hidup - Utusan Malaysia

Projek pertanian bandar jimat kos sara hidup

DATUK Che Abdullah Mat Nawi (tengah) menunjukkan terung dihasilkan dalam Program Memungut Hasil Projek Pertanian Bandar, Komuniti Belia Pasir Pekan, Tumpat hari ini.-UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Projek Pertanian Bandar diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dijangka menghasilkan sehingga 8,800 tan metrik produk pertanian selamat untuk dimakan menjelang 2025.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, inisiatif itu akan membantu isi rumah meringankan kos sara hidup sehingga RM1,296 pada tahun ini.

“Isi rumah akan lebih jimat kepada RM1,680 pada 2025 sekiranya program ini dibuat berterusan,” katanya kepada pemberita selepas Program Memungut Hasil Projek Pertanian Bandar Komuniti Belia Pasir Pekan di Masjid An-Nur, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pertanian negeri, Nor Bahani Zakaria.

Menurut Che Abdullah, pembangunan pertanian komuniti itu merupakan program bagi membantu isi rumah meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri bahan makanan dengan bimbingan Jabatan Pertanian. 

“Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan di peringkat negeri dan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama beliau berkata sebanyak 6 tan terung dengan anggaran kutipan RM30,000 direkodkan menerusi projek tersebut yang diusahakan bermula Julai tahun lepas.

“Setakat ini, ia adalah tanaman pertama yang sudah mengeluarkan hasil di negeri di kawasan Tumpat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya