Program IM Makmur bantu golongan B40 - Utusan Malaysia

Program IM Makmur bantu golongan B40

Naib Presiden, IRDA, Raja Taufik Ahmad Suhaimi menyerahkan surat kelulusan bantuan tuisyen swasta kepada Muhamad Farhan Jamaludin menerusi inisiatif IM Makmur sambil disaksikan Mohammad Khairi A Malik (kanan) dan Mohamad Azali Kalki Abdullah(kiri) pada Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Bantuan Tuisyen di Johor Bahru. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Inisiatif Iskandar Malaysia (IM) Makmur membantu golongan B40 akan diperluas ke seluruh pelusuk wilayah ekonomi tersebut yang kini sudah memberi manfaat kepada 1,200 isi rumah.

Inisiatif tersebut yang terus diperkukuh dan setakat ini berjaya meningkatkan 58 peratus pendapatan golongan sasar berkenaan.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) , Datuk Ismail Ibrahim berkata, sejumlah RM4 juta diperuntukkan di bawah Kumpulan Wang Projek Sosial Iskandar Malaysia bagi pelaksanaan Program IM Makmur yang menyasarkan 1,668 keluarga golongan B40.

“Kami bersyukur sehingga kini, lebih 300 golongan sasar telah terlibat secara langsung dalam inisiatif.

Kami menyasarkan 1,668 keluarga kumpulan B40 dan 6,672 isi rumah mendapat manfaat daripada inisiatif ini,,” katanya dalam kenyataan pada Majlis Perasmian Program Insentif Tadika Swasta dan Dana IM MAKMUR di sini, hari ini.

Majlis tersebut yang dianjurkan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dihadiri Pengerusinya, Mohamad Khairi A. Malik.

Yang turut hadir Ahli Lembaga Yayasan, Mohamad Azali Kalki Abdullah.

IRDA sebelum ini telah memeterai satu kerjasama bersama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri membabitkan pemberian Insentif Pra Sekolah; Bantuan Tuisyen dan Pemberian Dana IM Makmur kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih.

Ketiga-tiga program berkenaan melibatkan peruntukan RM347,000 dengan seramai 120 peserta bagi Bantuan Tuisyen, 30 peserta bagi Bantuan Insentif Pra Sekolah dan sebuah badan NGO bagi Dana IM Makmur terlibat secara langsung dalam program ini.

Ismail berkata, IRDA akan terus berusaha memperkasa program IM Makmur dengan mencari serta mengenal pasti golongan B40 menerusi kerjasama pemimpin akar umbi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi dan orang perseorangan.

“IRDA telah mendapat kerjasama baik daripada Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dan kami akan terus mengadakan kerjasama strategik dengan entiti berkaitan bagi meluas dan memperkasa program ini.

“Usaha secara lebih berstrategi terus dilakukan bagi memperluas tawaran di bawah program IM Makmur ke seluruh pelusuk Iskandar Malaysia supaya lebih ramai B40 menerima manfaat dan menikmati kemudahan disediakan,” katanya.

Program IM Makmur terbahagi kepada tiga jenis Skim Bantuan iaitu Skim Penjanaan Pendapatan, Bantuan Pendidikan Generasi Kedua dan Bantuan Dana IM Makmur.

Program ini merangkumi pemberian kursus latihan jangka pendek bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam pekerjaan dan perniagaan, selain insentif kepada majikan bagi pengambilan pekerja – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya