Program DesaMall@KPLB catat jualan RM1.94 juta - Utusan Malaysia

Program DesaMall@KPLB catat jualan RM1.94 juta

ABDUL Latiff Ahmad melihat produk tempatan sewaktu majlis perasmian Gudang Desamall dan Trak Bergerak Desamall di Gudang Desamall Bukit Jelutong Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Program DesaMall@KPLB yang dianjurkan sejak 2017 sehingga bulan lalu mencatat jualan sebanyak RM1.94 juta menerusi jualan secara dalam talian.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, pihaknya berpuas hati dengan pencapaian tersebut tetapi usahawan perlu meningkatkan usaha bagi merancakkan jualan produk yang membabitkan 2,000 usahawan desa.

“Melihat kepada trend semasa, rakyat Malaysia lebih suka membeli barang secara dalam talian berbanding secara runcit.

“Oleh itu, kita akan cuba menarik lebih ramai usahawan desa untuk menyertai program ini. Kerajaan sentiasa berusaha membantu golongan usahawan desa walaupun negara kini berada dalam krisis pandemik Covid-19,” katanya selepas majlis Perasmian Gudang DesaMall@KPLB dan DesaMall@OnTheGo di Bukit Jelutong di sini hari ini.

Mengulas mengenai pembukaan Gudang DesaMall@KPLB, Abd. Latiff berkata, terdapat 24,063 stok barang merangkumi 2,233 produk disimpan di dalam gudang berkenaan.

“Gudang ini menyimpan stok semua produk usahawan dan mampu menyimpan 150,000 stok barang dalam satu-satu masa.

“Pengurusan gudang ini menggunakan sistem StoreHub bagi memastikan kemas kini dan permohonan stok yang berkurangan dapat diambil dengan segera sebelum stok tersebut diagihkan di outlet DesaMall@KPLB,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya