Prebet Adam meninggal dunia pada usia 60 tahun - Utusan Malaysia

Prebet Adam meninggal dunia pada usia 60 tahun

ADAM Jaafar atau lebih dikenali sebagai Prebet Adam meninggal dunia dipercayai ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) awal pagi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Prebet Adam atau namanya sebenarnya Adam Jaafar, 60, dilaporkan meninggal dunia dipercayai ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini awal pagi, semalam. 

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak di sini selepas solat zuhur kira-kira pukul 2 petang semalam. 

Seorang rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Ali berkata, dia dimaklumkan mengenai berita kematian Allahyarham yang juga dikenali sebagai Adam Rambo dalam kalangan penduduk kampung daripada seorang  kenalan rapatnya menerusi aplikasi WhatsApp. 

“Saya terkejut sebaik sahaja mendapat tahu tentang berita kematiannya pada pukul 7.30 pagi tadi. Selalu dia ada di pondok dekat Kuarters Bata Merah di Sungai Pinang. 

“Bagaimanapun, saya tidak pasti punca kematiannya dan rakan-rakannya yang lain juga turut terkejut dengan berita ini. Memang kami duk (sedang) cari dia minggu ini. 

“Rakan-rakannya termasuk penduduk kampung turut sama mengiringi jenazahnya tadi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Nama Prebet Adam pernah menggemparkan negara pada Oktober 1987 selepas terlibat dalam kejadian amuk sehingga mengakibatkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang. 

Adam ketika kejadian berusia 26 tahun terlepas daripada hukuman mati dan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan di Perak selama 10 tahun selepas disahkan tidak siuman ketika melakukan kesalahan tersebut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya