PPK sambut baik Program Mentor Mentee - Utusan Malaysia

PPK sambut baik Program Mentor Mentee

HASNI Mohammad (tengah) semasa melancarkan Program Mentor Mentee di Benut, di Pontian, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kawasan seluas 21 hektar akan terlibat dengan Program Mentor Mentee di bawah Pejabat Pertubuhan Peladang Daerah Pontian selain 5,300 polibeg bagi tanaman timun dan cili secara fertigasi.

Pegawai Peladang PPD Pontian/Kluang, Ahmad Rahim Senawi berkata, empat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan menjayakan pelbagai jenis tanaman seperti nenas, pisang, serai, kopi dan kunyit.

Katanya, turut ditanam ialah intergrasi pisang dan kelapa, ubi kayu dan lada hitam yang mampu memberi nilai tambah ekonomi kepada PPK Pekan Nanas, PPK Ayer Baloi, PPK Pontian Selatan serta PPK Benut .

“Selain empat PPK, program ini melibatkan 24 ahli peladang yang menjurus untuk menambah pendapatan para petani sekali gus mampu menampung permintaan terhadap agromakanan negeri.

“All Cosmos Industries Sdn. Bhd. memperuntukkan RM486, 185 bagi melaksanakan program ini dalam membekal input pertanian kepada para peserta,” katanya di sini hari ini.

Pelancaran Program Mentor Mentee itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad bersama All Cosmos Industries di Peladang Bizz Centre PPK Benut, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi PPK Pekan Nanas, Selamat Othman berkata, pihaknya menyambut baik program tersebut untuk sama-sama meningkatkan pengeluaran makanan negara pada tahap maksimum.

Katanya, bagi PPK Pekan Nanas, lima peserta terlibat dengan program melalui penanaman buah nenas, pisang, ubi kayu dan kunyit yang berpotensi dan berdaya maju dalam bidang tersebut.

Pengerusi PPK Ayer Baloi, Samid Sipin pula berkata, pihaknya telah memilih lima usahawan iaitu yang mengusahakan tanaman nenas MD2, pisang berangan, tanaman pisang tanduk, pisang lang merah atau raja udang.

“ Kami yakin mereka mampu menjadi contoh kepada usahawan tani yang lain bahawa bidang pertanian ini menjanjikan pulangan lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh dan tidak mudah kecewa,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya