KUALA LUMPUR: Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2020 dikejutkan dengan penyebaran poster mendakwa Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dikatakan menjadi kuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).
Annuar yang terkejut dengan perkara itu dilihat berkongsi gambar poster itu dalam Facebook beliau hari ini.
“Pagi ini dikejutkan berita beredarnya poster seperti dalam gambar, entah kerja siapa naratif, rekaan siapa. Pasti ini sesuatu yang diizinkan.
“Usul menjadikan UMNO tunggangan PPBM (Bersatu)? Siapa nak bawa usul? Bawah agenda mana? Perwakilan mana yang disuruh menyokong? Insaflah kita. Budaya memfitnah ini nampaknya sudah jadi perkara biasa,” jelasnya.
Annuar yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dilihat lantang mengkritik kepimpinan UMNO selepas parti memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.