Portal Rumah Siswa mudahkan mahasiswa cari rumah sewa - Utusan Malaysia

Portal Rumah Siswa mudahkan mahasiswa cari rumah sewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bagi memudahkan mahasiswa mencari rumah sewa di sekitar kampus masing-masing, Kementerian Pengajian Tinggi membangunkan portal Rumah Siswa yang menjadi penghubung antara pelajar dan pemilik premis.

Selain itu, portal itu juga menyediakan khidmat nasihat serta memudahkan proses pencarian bilik atau rumah sewa dengan harga kompetitif.

Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, portal itu akan menjadi platform menghubungkan pelajar sebagai penyewa bersama pemilik premis selain mendapatkan khidmat nasihat serta memudah cara proses pencarian bilik atau rumah sewa dengan harga kompetitif.

Beliau berkata, sehingga 16 Februari lalu, sebanyak 1,250 buah rumah telah didaftarkan di dalam portal Rumah Siswa yang dibangunkan bagi membantu, memantapkan inisiatif ke arah hasrat pemerkasaan, memelihara kebajikan dan akses pelajar terutamanya kepada pelajar luar kampus.

“Saya difahamkan sehingga semester akademik yang lepas, terdapat hampir 150,000 mahasiswa universiti awam yang menetap di luar kampus atau non-residents.

“Kementerian amat berharap dengan adanya inisiatif ini, ia dapat membantu universiti dan pelajar dalam pengurusan pelajar luar kampus dengan lebih tersusun,” katanya pada majlis perasmian portal Rumah Siswa secara maya di Facebook rasmi KPT hari ini.

Portal Rumah Siswa merupakan salah satu daripada tiga inisiatif utama dalam pelaksanaan agenda Rumah Sewa Siswa selain daripada penubuhan Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus dan Pembangunan Garis Panduan Pengurusan Pelajar Luar Kampus.

Portal itu kini boleh diakses melalui pautan rumahsiswa.mohe.gov.my.

Sementara itu, Noraini berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa kesemua 20 universiti awam telah mewujudkan portfolio Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus bagi menguruskan hal ehwal pelajar luar kampus di kampus masing-masing.

Menurutnya, Garis Panduan Pengurusan Pelajar Luar Kampus juga telah dibangunkan sebagai rujukan dalam pengurusan pelajar luar kampus agar penubuhan unit berkenaan mempunyai arah tuju jelas.

“Garis Panduan ini meliputi lima skop penting iaitu Pembangunan Pelajar Luar Kampus, Perkhidmatan Pelajar Luar Kampus, Pengurusan Kebajikan Pelajar Luar Kampus, Pengurusan Rumah Sewa Luar Kampus serta Jaringan Kemasyarakatan.

“Ini akan menjamin kesinambungan dan kelancaran pengurusan pelajar luar kampus,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya