Polis tahan sindiket edar dadah guna sejadah - Utusan Malaysia

Polis tahan sindiket edar dadah guna sejadah

RAZARUDIN (tiga dari kiri) menunjukkan peralatan yang digunakan untuk memproses dadah dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu makmal memproses dadah untuk sindiket antarabangsa di sekitar Lembah Klang dalam serbuan di sekitar Lembah Klang pada Sabtu hingga Isnin lalu. 

Serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Kuala Lumpur itu turut menahan 13 individu termasuk seorang wanita berusia antara 18 hingga 35 tahun.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, makmal tersebut telah beroperasi sejak November lalu untuk memproses pelbagai jenis dadah sebelum diedar ke luar negara. 

Katanya, siasatan mendapati sindiket ini menggunakan perkhidmatan kurier dengan membungkus dadah bersama peralatan keagamaan. 

“Serbuan pertama dibuat ketika seorang daripada suspek dalam perjalanan ke pejabat perkhidmatan kurier di Cheras untuk dihantar barang ke Indonesia. 

“Dalam serbuan itu, kita menemukan lima kotak berisi pelbagai jenis dadah seberat 4.12 kilogram,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Tambah Razarudin, kesemua suspek kini direman tujuh hari sehingga 14 Mac depan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya