Polis siasat majlis pernikahan Neelofa - Utusan Malaysia

Polis siasat majlis pernikahan Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Katanya, siasatan mendapati majlis itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

“Kita sedang siasat dan akan memanggil penganjur tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak semalam, warget mempersoalkan majlis perkahwinan Neelofa, 32, pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, yang tidak mengikut SOP.

Dakwa warganet, tiada penjarakan fizikal di majlis yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya