Polis buru banduan lolos Penjara Pengkalan Chepa - Utusan Malaysia

Polis buru banduan lolos Penjara Pengkalan Chepa

POLIS sedang memburu seorang banduan yang melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini. -UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis sedang giat memburu seorang banduan yang melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Mohamad Soolleh Mohd. Noor, 31, yang berasal dari Kampung Delima, Wakaf Bharu, Tumpat dikatakan meloloskan diri kira-kira pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, suspek merupakan tahanan reman bagi kes di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya.

Katanya, suspek dimasukkan ke Penjara Pengkalan Chepa pada Isnin lalu dan dipercayai melarikan diri dengan memanjat pagar di kawasan menara tanpa disedari pegawai yang bertugas.

“Kita menerima maklumat kira-kira pukul 10.13 pagi selepas dihubungi oleh pihak penjara sebaik menyedari seorang tahanan telah melarikan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, semakan mendapati, suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Katanya, polis dengan kerjasama Jabatan Penjara melancarkan gerakan mengesan suspek dan memohon orang ramai menyalurkan maklumat kepada balai polis berdekatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan polis.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya