Polis bantu lancarkan hari pertama sesi persekolahan - Utusan Malaysia

Polis bantu lancarkan hari pertama sesi persekolahan

NOORZAINY Mohd. Noor meninjau proses pembukaan sekolah hari pertama di Sekolah Kebangsaan Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang. - UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Anggota trafik dan kereta unit peronda (MPV) ditempatkan di beberapa sekolah di sekitar daerah Seberang Perai Utara di sini bagi memastikan hari pertama sesi persekolahan berjalan lancar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pemantauan dilakukan bagi mengurangkan kesesakan di kawasan sekolah yang berhampiran dengan jalan raya.

“Kita mahu para pelajar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan fizikal sebelum masuk ke kawasan sekolah untuk mengelakkan penularan sebarang penyakit berjangkit.

“Selain itu, pegawai-pegawai perhubungan sekolah (PPS) terdiri daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah ini turut mengawal kawasan luar sekolah dalam memastikan setiap pelajar bebas daripada sebarang risiko Covid-19,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan pematuhan SOP di Sekolah Kebangsaan Penaga, Kepala Batas di sini.

Seramai 64 PPS ditempatkan di seluruh sekolah kebangsaan yang mula dibuka khusus buat murid pra sekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya