Polis ambil keterangan guru tadika campak anak murid - Utusan Malaysia

Polis ambil keterangan guru tadika campak anak murid

Baharudin Mat Taib
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis mengambil keterangan guru tadika yang bertindak mencampak seorang kanak-kanak di sebuah tadika di Jalan Kebun di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, guru berkenaan bukan merupakan guru pelatih sebaliknya guru tetap.

“Setakat ini, siasatan mendapati guru wanita terbabit merupakan guru tetap dan bukannya praktikal seperti yang dilaporkan.

“Namun, guru wanita terbabit dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ringkas di sini hari ini.

Semalam, tular video seorang guru tadika mencampak seorang kanak-kanak di sebuah tadika di Jalan Kebun di sini hari ini.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu, wanita yang dipercayai guru praktikal telah menolak seorang kanak-kanak sebelum bertindak melempar dan memarahinya.

Malah, insiden tersebut juga diperhatikan murid-murid tadika tersebut yang seakan-akan terkejut dengan perbuatan guru terbabit.

Difahamkan, guru berkenaan telah diberhentikan serta-merta dengan kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak 30 tahun tadika itu beroperasi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN