PM umum Pemerkasa 5.30 petang ini - Utusan Malaysia

PM umum Pemerkasa 5.30 petang ini

MUHYDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman khas mengenai Pakej Pemerkasa pada hari ini.

Beliau akan membuat pengumuman tersebut secara langsung pada pukul 5.30 petang yang disiarkan secara langsung menerusi empat stesen televisyen tempatan.

Kerajaan sebelum ini pernah pelbagai inisiatif antaranya Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion bagi memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum ini, kerajaan turut mengumumkan empat pakej bantuan membabitkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan keempat, pakej KitaPrihatin.

Kerajaan turut mengumumkan empat pakej bantuan membabitkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan KitaPrihatin. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN