KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan pengumuman khas mengenai pakej PEMERKASA petang ini.
Pengumuman itu akan dibuat secara langsung pada pukul 5.30 petang ini di stesen televisyen tempatan.
Perkara itu dinyatakan melalui laman media sosial rasmi Muhyiddin.
Januari lalu, kerajaan mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion bagi memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).