PM negatif ujian Covid-19 - Utusan Malaysia

PM negatif ujian Covid-19

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan negatif Covid-19 selepas memperoleh keputusan ujian saringan itu pada hari keenam beliau menjalani Perintah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO), hari ini.

Menurut Perdana Menteri, beliau menjalani HSO setelah tiba di Kuala Lumpur dari Abu Dhabi bersama delegasi pada jam 9.34 malam 11 Mac lalu selepas melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Semalam, saya menjalani ujian calitan saringan Covid-19 hari kelima HSO selepas kembali dari lawatan rasmi di Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, hari ini, hari kuarantin yang keenam, saya mendapat keputusan ujian saringan dan disahkan negatif,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Perdana Menteri berkata,  beliau dan seluruh delegasi diberikan HSO untuk tempoh tujuh hari dan turut dipakaikan gelang pengawasan.

“Sepanjang lawatan rasmi enam hari di Arab Saudi dan UAE, saya dan delegasi menjalani sebanyak lima ujian swab saringan Covid-19 bagi memastikan risiko jangkitan virus berkenaan ke atas saya dan delegasi sentiasa dipantau,” katanya.

Perdana Menteri mengadakan  lawatan ke Arab Saudi dan UAE iaitu  merupakan lawatan rasmi pertama ke kedua-dua negara itu sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac tahun lalu.

Perdana Menteri menerima jemputan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud pada April tahun lalu atas dasar keakraban dan hubungan yang terjalin sekian lama antara Malaysia-Arab Saudi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN