PM, isteri selamat tiba di Riyadh - Utusan Malaysia

PM, isteri selamat tiba di Riyadh

MUHYIDDIN YASSIN (kiri) dan Hishammudin Tun Hussein disambut Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman di Riyadh, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Riyadh, Arab Saudi pada pukul 7.45 malam semalam waktu tempatan, bagi memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah hari ini.

Ketibaan beliau di Terminal Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh, disambut  Putera Mahkota, Mohammed Salman dan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Perdana Menteri dan isteri tiba dari Madinah setelah melakukan ziarah di kota suci itu dijadual berada di Riyadh selama dua hari.

Malaysia dan Arab Saudi bakal membincangkan pelbagai usaha memperkukuhkan hubungan dua hala sedia ada selain meneroka peluang kerjasama baharu dalam meningkatkan hubungan ke peringkat lebih strategik.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sehingga 11 Mac yang merupakan lawatan rasmi pertama ke kedua-dua negara itu sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac tahun lalu.

Perdana Menteri menerima jemputan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud pada April tahun lalu atas dasar keakraban dan hubungan yang terjalin sekian lama antara Malaysia-Arab Saudi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya