PKPD di 7 blok Flat Sibu Jaya ditamatkan - Utusan Malaysia

PKPD di 7 blok Flat Sibu Jaya ditamatkan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh blok Flat Sibu Jaya, Sibu, Sarawak ditamatkan esok seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini Kementerian Kesihatan sudah pun melaksanakan sebanyak 6,875 ujian saringan di lokaliti itu.

“Daripada jumlah tersebut, secara kumulatif hanya 390 kes positif Covid-19 dilaporkan dan keadaan ketika ini adalah terkawal,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pihak kementerian itu ujar beliau lagi, turut mengesahkan baki kes aktif menunjukkan trend penurunan dan tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dari makmal.

Justeru katanya, setelah dibuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di baki tujuh blok itu yang terpaksa dilanjutkan tujuh hari sejak 5 Mac lalu.

Ia hanya melibatkan blok C, H, J, K, L, N dan R, manakala selebihnya 13 blok lagi sudah ditamatkan pada 4 Mac setelah PKPD dilaksanakan di lokaliti tersebut bermula 12 Februari lepas.

Keputusan berkenaan ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dan pada asalnya ia dilakukan serentak dengan kawasan perumahan Town Villa dekat kawasan itu.

Penularan wabak di lokaliti tersebut pada bulan lalu amat tinggi disebabkan ramai penduduk tidak mengamalkan prosedur operasi standard norma baharu selain ada dibuat himpunan sosial. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya