PKPD: 22 pekerja warga asing 'hilang' berjaya dikesan - Utusan Malaysia

PKPD: 22 pekerja warga asing ‘hilang’ berjaya dikesan

A. ASMADI ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 22 daripada 23 pekerja warga asing yang dilaporkan ‘hilang’ semasa pemeriksaan Covid-19 di asrama sebuah kilang pakaian di Tasek di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 23 Februari lalu, berjaya dikesan semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A.  Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan mendapati, kesemua individu itu bukan melarikan diri sebaliknya tinggal di alamat lain.

Katanya, mereka gagal dihubungi ekoran majikan tidak mengemas kini maklumat terkini warga asing berkenaan.

“Kita sedang mengesan seorang lagi pekerja yang mungkin berada di alamat lain,” katanya di sini hari ini.

 Menurut beliau, kesemua pekerja warga asing yang ditemui itu telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan.

“Sebaik sahaja dijumpai semalam, kita telah masukkan mereka ke PKRC di Tanjung Rambutan namun mereka akan dipindahkan ke PKRC Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang hari ini,” katanya.

Utusan Online semalam melaporkan, polis sedang mengesan 23 orang warga asing yang merupakan pekerja di kilang pakaian antarabangsa Emerald Garments kerana tiada di asrama mereka di Flat Anjung Tawas Damai di Tasek.

Kawasan asrama pekerja kilang pakaian  itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 susulan saringan yang dilakukan bermula 23 Februari lalu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN