PKP: Pendapatan pemandu teksi, e-hailing terjejas - Utusan Malaysia

PKP: Pendapatan pemandu teksi, e-hailing terjejas

HANIF Ghazali (tengah) bergambar bersama pemandu teksi dan e-hailing dalam Program Sumbangan Yadim Peduli di Jeti Semeling, Sungai Petani, Kedah, hari ini. - UTUSAN//NUR SYAZWANA MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seramai 120 pemandu teksi dan e-hailing di daerah ini terjejas pendapatan berikutan kekurangan pelanggan sejak penularan Covid-19 di negara ini.

Seorang pemandu teksi, Md. Rodzey Abu Hasan, 64, berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu menyebabkan jumlah pelanggan berkurangan sehingga sekarang.

Pesara tentera itu berkata, selain terpaksa bersaing dengan perkhidmatan e-hailing, pemandu teksi kini terpaksa berdepan cabaran ketiadaan pelanggan disebabkan pandemik covid-19.

“Status PKP yang sering bertukar-tukar menyebabkan pendapatan saya terjejas teruk dan ada ketika terpaksa pulang ke rumah dengan ‘tangan kosong’ kerana tiada pelanggan,” katanya ketika ditemui pada Program Sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Peduli kepada pemandu teksi dan e-hailing di Jeti Semeling, di sini hari ini.

Program itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Hanif Ghazali.

Sementara itu, seorang pemandu e-hailing, Rosman Mohd. Isa, 52, berkata, pendapatannya menurun sebanyak 40 peratus sejak PKP tahun lalu.

“Meskipun syarat PKP kini telah dilonggarkan, jumlah pendapatan kami masih tidak mencapai tahap seperti sebelum pandemik melanda negara.

“Jika sebelum ini pendapatan harian kami boleh mencapai sehingga RM200 sehari, kini setakat RM50 hingga RM80 sahaja sehari,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya