Pinjam RM4,000, kena bayar hampir RM20,000 - Utusan Malaysia

Pinjam RM4,000, kena bayar hampir RM20,000

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Suri rumah berusia 47 tahun di sini ketakutan selepas kerap didesak ah long yang menuntut jumlah bayaran balik yang tidak masuk akal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa mula meminjam wang daripada suspek pada Januari lalu.

“Mangsa membuat pinjaman keseluruhan berjumlah RM4,000, tetapi, hanya mendapat RM3,000.

“Suspek menetapkan kadar bayaran balik sebanyak RM360 perlu dibuat berselang empat hari sekali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, mangsa bagaimanapun konsisten melakukan bayaran balik berselang tempoh yang ditetapkan suspek.

“Sehingga laporan (semalam), mangsa telah membuat bayaran balik pinjaman tersebut berjumlah RM6,200 (sepatutnya telah selesai).

“Bagaimanapun, suspek terus mendesak pengadu membuat bayaran lagi berjumlah RM13,000. Kemudian, mangsa membuat laporan polis,” katanya.

Laporan berkaitan kejadian itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya