PIK pelbagai aktiviti digital tarik minat masyarakat - Utusan Malaysia

PIK pelbagai aktiviti digital tarik minat masyarakat

SAIFUDDIN Abdullah (kanan) melihat antara pendekatan digital yang dilaksanakan di PIK Kampung Cherating, dekat sini, hari ini. UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pusat Internet Komuniti (PIK) perlu mempelbagaikan aktiviti digital bagi menarik lebih ramai masyarakat terutama yang tinggal di luar bandar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, PIK dijenamakan semula sebagai balai raya komuniti digital agar dapat merapatkan lagi jurang antara masyarakat dengan digital.

“Kalau kita lihat pada hari ini, PIK sudah menyediakan pelbagai kemudahan seperti e-Tuisyen; e-Dagang; e-Spot dan yang terkini c-Heart.

“Jadi, atas sebab itu, kita hendak jadikan PIK ini sebagai model untuk sebuah pusat internet yang bersifat balai raya komuniti digital dan usaha ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“PIK Kampung Cherating ini menjadi projek pelopor sebelum ia dikembangkan ke PIK di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Aplikasi C-Heart dan memperkenalkan Perkhidmatan Bungkus dan Hantar di Pusat Internet Komuniti Kampung Cherating, dekat sini, hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah SKMM Pahang, Zahari Ismail; Pengurus Besar Telekom Malaysia Pahang, Datuk Zulfikri Hashim dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif TM ONE, Ahmad Taufek Omar.

Terdapat 873 PIK di seluruh negara diselia SKMM.

Sementara itu, Saifuddin berkata, kementerian perlu menambah baik kemudahan infrastruktur seperti menyediakan cafe, menambah sukarelawan dan kemudahan pengangkutan kepada penduduk setempat.

“Kalau tiada kemudahan seperti ini, pasti masyarakat setempat tidak dapat menikmati kemudahan disediakan di PIK dengan lebih selesa,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya