PH tak menolak kemungkinan jalin kerjasama dengan UMNO - Utusan Malaysia

PH tak menolak kemungkinan jalin kerjasama dengan UMNO

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) telah memulakan proses rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan turut mengambil kira kerusi bagi parti-parti sekutu lain.

PH juga membayangkan kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRU akan datang.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, majlis Presiden PH telah memutuskan perkara itu selain beberapa perkara termasuk kerjasama jentera pilihan raya.

“Tetapi pada tahap ini (kerjasama UMNO-PH), kita akan lantik seorang jurucakap.

“Kami juga tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan UMNO dalam PRU akan datang susulan keputusan UMNO minggu lalu untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU akan datang,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sidang akhbar berkenaan sempena pelancaran inisiatif baru PKR bagi membantu wanita yang berdepan masalah, sempena Hari Wanita Antarabangsa.

Kenyataan Anwar itu berikutan baru-baru ini, UMNO mengambil keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu apabila parti itu secara rasminya menghantar surat menamatkan kerjasama berkenaan.

Menurut sumber, surat tersebut dihantar pada 26 Februari lalu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun, tiada sebarang respons.

Dalam pada itu, Anwar berkata, soal kerjasama dengan mana-mana pihak tidak berbangkit setakat ini,  walaupun pihaknya jelas bahawa sesiapa sahaja yang boleh menerima PH dalam mendukung tadbir urus yang baik, menolak rasuah, menolak segala bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa serta menjaga hak orang Melayu, bumiputera dan semua kaum. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya