Pesara guru terpedaya Love Scam - Utusan Malaysia

Pesara guru terpedaya Love Scam

HOO CHANG HOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang pesara guru wanita menanggung kerugian RM38,000 selepas diperdaya sindiket Love Scam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 66 tahun itu pada mulanya telah berkenalan dengan individu bernama Micheal Tan di Facebook sejak bulan Julai tahun lalu.

“Mangsa tidak pernah berjumpa dengan suspek secara bersemuka dan hanya berhubung melalui Facebook Messenger sahaja.

“Akibat percayakan suspek, mangsa rela membantu rakan mayanya itu yang mengalami masalah kewangan sebanyak RM11,000, namun, susulan sedar ditipu mangsa, akhirnya berhenti berhubung dengan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chang Hook berkata, mangsa tidak menyimpan resit-resit kemasukan duit yang dilakukannya ke dalam beberapa akaun berbeza itu.

Jelas beliau lagi, pada bulan Oktober tahun lalu, mangsa dihubungi oleh pihak yang menyamar sebagai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) melalui Facebook Messenger dan menyatakan boleh menyelesaikan masalah mangsa yang ditipu dengan penama Micheal Tan tersebut.

“Lanjutan perhubungan mangsa dengan penyamar ini mangsa diperdaya dan ditawarkan perkhidmatan dengan dokumen-dokumen yang dihantar kepada pengadu.

“Mangsa melakukan bayaran secara berperingkat berjumlah RM27,000 ke dua akaun yang berbeza. Suspek kerap menakutkan mangsa dengan macam-macam hal dan kerap meminta duit. Tersedar ditipu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bahau pada pukul 3.30 petang semalam.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Saya harap orang ramai tidak mudah tertipu dengan sindiket lebih-lebih lagi sudah banyak hebahan dilakukan polis untuk tidak mempercayai panggilan telefon seperti ini,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya