Pesalah ingkar SOP naik melonjak - Utusan Malaysia

Pesalah ingkar SOP naik melonjak

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam kembali naik melonjak kepada 100 individu.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia jauh berbeza berbanding cuma enam individu ditahan kelmarin dan 52 individu diberkas pada Khamis lalu.

“Daripada jumlah itu, 97 dikompaun manakala baki tiga direman dengan kesalahan tertinggi ialah gagal patuh jarak fizikal iaitu 48 kes,” kata beliau melalui kenyataan akhbar hari ini.

Ini diikuti kes tiada peralatan merekod butiran pelanggan (27), aktiviti pusat hiburan (12), tidak memakai pelitup muka (11) dan merentas kawasan tanpa ada kebenaran pihak polis (dua).

Kesemua dicekup Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan sebanyak 67,520 pemeriksaan dan melibatkan penugasan sejumlah 3,594 pasukan di seluruh negara.

Dalam pada itu, bilangan pekerja warga asing didapati positif Covid-19 setelah melalui saringan wajib di seluruh negara semalam jatuh lagi untuk hari yang kedua berturut-turut.

Menurutnya, Kementerian Sumber Manusia merekodkan 12 individu disahkan positif semalam berbanding 22 individu kelmarin.

“Pihak kementerian itu memaklumkan sejumlah 3,197 pekerja warga asing sudah menjalani saringan tersebut di seluruh negara semalam,” katanya.

Sementara itu, selepas Nabawan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 3 Mac lalu, kini satu lagi daerah di Sabah juga dilaksanakan perkara yang sama bermula esok.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 42 kes positif baharu wabak tersebut sudah direkodkan ekoran saringan secara bersasar di Kampung Lingkudau sebelum itu.

Perkampungan etnik Kadazan Dusun dan Melayu Brunei di Jalan Pegalan kira-kira tiga kilometer dari Bandar Keningau itu telah dikenakan PKP Diperketatkan (PKPD) sejak 15 Mac.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya