Peruntukan RM5.15 bilion laksana 86 program keusahawanan - Utusan Malaysia

Peruntukan RM5.15 bilion laksana 86 program keusahawanan

WAN Junaidi Tuanku Jaafar (dua kanan) diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad melancarkan gimik pencapaian utama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sempena setahun Malaysia Prihatin 2020 pada Majlis Sambutan Setahun Malaysia Prihatin Peringkat kementerian di Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan melancarkan Perancangan Strategik 2021 meliputi pelaksanaan 86 program dengan peruntukan RM5.15 bilion tahun ini bagi memberi manfaat kepada bidang keusahawanan di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, fokus pelaksanaan yang dirangka berdasarkan pendekatan hala tuju 5E iaitu pendekatan Enculture‘, ‘Enable‘, ‘Empower‘, Energize dan Engage.

Beliau berkata, hala tuju itu akan menyokong pewujudan keseluruhan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif seterusnya memacu agenda pembangunan sosio ekonomi Malaysia yang seimbang dan progresif.

“Perancangan strategik ini telah menggariskan pelaksanaan 86 program yang akan memberi manfaat kepada usahawan dan bakal usahawan di pelbagai peringkat dan latar belakang.

“Pelaksanaan program ini merangkumi pembiayaan dan moratorium, program pembangunan kapasiti dan latihan, pendigitalan dan adaptasi teknologi serta akses kepada pasaran, berjumlah sebanyak RM5.15 bilion,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Setahun Malaysia Prihatin Peringkat kementerian di sini hari ini .

Wan Junaidi juga melahirkan keyakinan bahawa kementeriannya dapat melahirkan 100 jutawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada tahun ini.

“Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional dan SME Corporation telah mengenal pasti individu yang berpotensi.

“Kita akan membantu semua aspek bukan sekadar pemasaran dalam negara bahkan ke peringkat antarabangsa.

“Kementerian juga akan membimbing mereka untuk mendapatkan sijil halal supaya dapat menembusi pasaran negara-negara Islam,” katanya.

Wan Junaidi berkata, sepanjang setahun pertama menerajui kementerian berkenaan, Pembangunan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi yang dilaksanakan dari Mei hingga Disember tahun lalu telah memberikan manfaat kepada 12,318 penerima membabitkan peruntukan RM171 juta

Menurutnya lagi, bagi mengurangkan kerenah birokrasi dan menambah baik sistem penyampaian, tempoh kelulusan program pembiayaan di bawah TEKUN Nasional telah dikurangkan dari 25 hari kepada tujuh hari selain memerlukan empat dokumen sokongan sahaja berbanding 17 dokumen sebelum ini.

“Bagi proses kelulusan pembiayaan di bawah SME Bank pula adalah empat hari sahaja berbanding 30 hari sebelum ini.

“Selain itu, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama ada PKP Bersyarat ataupun PKP Pemulihan, agensi di bawah MEDAC masih meneruskan program latihan dan pembangunan kapasiti usahawan masing-masing melalui pembelajaran atas talian,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya