Pertimbang tanggung kos pendidikan dua anak wanita ditembak suami - Utusan Malaysia

Pertimbang tanggung kos pendidikan dua anak wanita ditembak suami

HANAFIAH Mat (kiri) ketika menziarahi keluarga wanita yang ditembak suami di Kampung Telaga, Hulu Terengganu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk menanggung kos persekolahan dua anak wanita yang ditembak suami di Taman Saujana, Kota Tinggi di Johor pada 1 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, langkah itu bagi memastikan kanak-kanak lelaki berusia empat dan tiga tahun berkenaan tidak tercicir dalam pelajaran.

Katanya, kedua-dua anak mangsa juga bakal menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bernilai RM250 setiap seorang selepas pihak keluarga ibunya memperoleh hak penjagaan.

“JKM Terengganu akan membantu memudahkan proses tuntutan hak penjagaan di mahkamah bagi memastikan keluarga arwah mendapat hak tersebut.

“Dua kanak-kanak itu rapat dengan nenek, datuk dan ibu saudara di Terengganu kerana sering pulang ke kampung dan berhubung melalui telefon,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga wanita ditembak suami di Kampung Telaga di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah JKM negeri, Zuhami Omar.

Pada 1 Mac lalu, Allahyarhamah yang berusia 38 tahun ditembak di bahagian dada dari jarak dekat oleh suaminya dengan menggunakan senapang angin ketika tidur.

Setelah membunuh mangsa, suspek yang bekerja sebagai pemandu jengkaut dikatakan menyumbat isterinya di dalam tong air berwarna sebelum menanam mayat wanita berkenaan di sebuah ladang di Bandar Penawar yang terletak kira-kira 30 kilometer dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, jiran mereka yang turut ditahan bersama suspek utama membongkar kejadian sebenar kepada polis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya