Pertanian vokasional bidang masa hadapan - Utusan Malaysia

Pertanian vokasional bidang masa hadapan

DR. RADZI Jidin menanam sepohon pokok semasa melawat Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan Perak hari ini,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kementerian Pendidikan sedar pendidikan vokasional pertanian sememangnya bidang yang berpotensi untuk dikembangkan berdasarkan perubahan semasa, termasuk kemajuan teknologi serta mekanisasi dan automasi dalam aktiviti tersebut.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin berkata, pelbagai penambahbaikan boleh dilaksanakan dalam konteks kemudahan yang disediakan dan kurikulum pembelajaran di kolej vokasional.

“Graduan lepasan kolej vokasional merupakan antara penyumbang kepada tenaga kerja mahir tempatan dalam pelbagai sektor dan industri seperti hortikultur, akuakultur, pemprosesan makanan dan pengurusan ternakan, ” ujarnya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Beliau bersama Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Yusran Shah Mohd. Yusof dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim mengadakan lawatan ke Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan di Perak hari ini.

Menurut beliau lagi, bidang pendidikan vokasional pertanian dapat meningkatkan potensi dan minat pelajar dalam kemahiran tertentu selain daripada mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran kerja.

“Kementerian akan terus memperkasakan bidang vokasional pertanian dan komited untuk terus melakukan yang terbaik,” ujar beliau.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya