Perjumpaan Cabang PKR Kuala Langat malam ini - Utusan Malaysia

Perjumpaan Cabang PKR Kuala Langat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Susulan tindakan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Xavier Jayakumar keluar PKR, satu pertemuan akan diadakan dengan kepimpinan Cabang Kuala Langat malam ini bagi memastikan keutuhan organisasi parti dan penyusunan program di sana.

Pengerusi PKR Selangor, Amirudin Shari berkata, pihaknya yakin Cabang Kuala Langat tetap bersemangat meneruskan perjuangan dan mempertahankan kawasan tersebut pada pilihan raya akan datang.

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri turut memberi jaminan bahawa mereka tetap setia dengan perjuangan yang mengutamakan kecemerlangan, kestabilan dan keutuhan Selangor.

“PKR Selangor mengajak seluruh penyokong PKR dan PH agar terus beristiqamah dengan perjuangan untuk melaksanakan perubahan.

“Kita berazam untuk terus kukuh dan bertekad menterjemahkan agenda reformasi kepada dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat dan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, Xavier mengumumkan keluar daripada PKR dan meletakkan jawatan sebagai naib presiden dan ahli PKR serta-merta.

Xavier dalam kenyataannya berkata, pihaknya kecewa apabila ada parti yang terus membincangkan mengenai pilihan raya sedangkan fokus utama sepatutnya adalah membantu rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya