Perak sedia tambah PPV bolehkan lebih ramai rakyat terima vaksin

Perak sedia tambah PPV bolehkan lebih ramai rakyat terima vaksin

SAARANI Mohamad  (tengah) mendengar aduan rakyat pada Program Moh Mengopi di Kampung Tawai, Gerik, Perak hari ini. - FOTO/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Kerajaan negeri sedia membuka pusat tambahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk membolehkan lebih ramai rakyat menerima vaksin Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, ini selaras dengan arahan kerajaan untuk melengkapkan pemberian vaksin kepada rakyat sehingga hujung tahun ini.

Menurutnya, setakat ini terdapat 31 PPV di negeri ini dan jika pemberian vaksin kepada rakyat mahu diselesaikan, PPV tambahan perlu dibuka.

“Untuk melengkapkan pemberikan vaksin kepada semua rakyat, kita kena buat persiapan sama ada kena tambah bilangan PPV atau kena tambah masa pemberian vaksin.

“Sekarang tempoh pemberian vaksin dari pukul 9 pagi hingga 9 malam, jadi kita perlu menambah masa sehingga pukul 12 malam supaya bilangan orang yang menerima suntikan vaksin boleh ditambah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas program Moh Mengopi di Kampung Tawai di sini hari ini.

Menurut Saarani, namun kekangan kerajaan negeri untuk membuka PPV tambahan ialah lokasinya yang perlu mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, berhawa dingin, tempat letak kenderaan dan bilangan petugas.

“Sekiranya PPV tambahan mahu dibuka, segala kelengkapan itu perlu ada termasuk perkhidmatan ambulans,” katanya.

Menurut Saarani, apabila ada penambahan PPV, berlaku masalah kekurangan petugas namun dalam hal ini, kerajaan negeri telah diberi jaminan kekurangan petugas itu akan ditampung oleh sukarelawan dari lain -lain agensi antaranya Rela, mahasiswa dan belia.

“Sukarelawan ini akan membantu masalah kekurangan petugas-petugas di PPV tambahan mengikut tugasan yang bersesuaian bagi melancarkan proses suntikan vaksin,” katanya.

Mengenai kekurangan perkhidmatan ambulans di PPV tambahan, Saarani berkata, perkhidmatan ambulans dari agensi lain dan pihak swasta akan menampung kekurangan ambulans di PPV tambahan.

“Jika semua kelengkapan itu telah ada, maka kita telah bersedia sepenuhnya bagi mencapai hasrat kerajaan dalam menyempurnakan pemberian vaksin kepada seluruh rakyat sehingga akhir tahun ini,” katanya.

Mengenai suntikan vaksin untuk petugas media, Saarani berkata, perkara itu  ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengawal selia pendaftaran pemberian vaksin melalui aplikasi MySejahtera. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya